Kes jangkitan lebih rendah

RIYADH 18 Nov. – Jika semalam angka 362 kes jangkitan dianggap terendah dalam tempoh tujuh bulan pandemik Covid-19 di Arab Saudi, hari ini jumlah kes positif lebih rendah iaitu 290 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes kini adalah 354,208 dengan kes aktif 6,983 dan daripada jumlah itu, 808 kritikal. Sebanyak 18 kematian dilaporkan yang membawa jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 5,710 orang. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 411 pesakit pulih dan ini membawa kepada peningkatan kes 341,515 atau 96.41 peratus daripada keseluruhan kes. Riyadh merekodkan kes tertinggi…

Read More

PRK selepas Covid-19 reda

PUTRAJAYA 18 Nov. – Darurat yang diisytiharkan di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat di Batu Sapi, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Ini kerana jelasnya, tindakan itu hanya untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat. “Tidak ada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera. Pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan serta SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang berkuat kuasa di negeri…

Read More

Demi keselamatan rakyat

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi P.185 Batu Sapi, dilaksanakan sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19. Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihran Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara. Menurut beliau, Al Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat di Batu Sapi…

Read More

Lapan kluster baharu

PUTRAJAYA 18 Nov. – Lapan lagi kluster baharu dikenal pasti manakala tiga kluster diisytiharkan tamat hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata tiga kluster baharu melibatkan Sabah iaitu Kluster Sabaru, Kluster Tomher dan Kluster Garden. Kluster lain ialah Kluster Putra-18 (Putrajaya, Selangor), Kluster Murni (Kuala Lumpur, Selangor), Kluster Seri Pasir (Pulau Pinang), Kluster Besi Demak (Sarawak) dan Kluster Parit Kassan (Johor, Melaka). Tiga kluster diisytiharkan tamat hari ini adalah Kluster Kencana (yang melibatkan Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu), Kluster Bah Sintok (Kedah, Negeri Sembilan…

Read More

Lanjut PKPD, kawasan baharu

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi beberapa kawasan di negeri Sabah dan Pulau Pinang setelah mendengar saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang dilanjutkan PKPD di Pulau Pinang melibatkan Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai. Lanjutan itu untuk tempoh selama 14 hari lagi bermula 19 November sehingga 2 Disember. “Sehingga kini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 yang dikesan adalah sebanyak 557 kes dan pihak KKM mengesahkan masih terdapat 75 ujian saringan…

Read More

PRK Batu Sapi dibatalkan

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kementerian Kesihatan sejak daripada awal lagi amat bimbang sekiranya pilihan raya diadakan sama ada ia melibatkan pilihan raya kecil, negeri mahupun umum buat masa ini bagi mencegah penularan Covid-19. Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebimbangan itu terbukti apabila peningkatan kes positif yang dilaporkan di Sabah dan ia menyukarkan usaha membendung penularan Covid-19. susulan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri. “Kalau boleh, amat penting kita mencegah satu lagi pilihan raya,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini. Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta  mengulas pengisytiharan…

Read More

Sabah mendahului

DARIPADA 660 kes, Sabah merekodkan 387 kes yang meliputi 177 kes dari kluster sedia ada, 85 kluster baharu Sabaru, Tomher dan Garden, 51 saringan kontak rapat dan 74 lain-lain saringan Selangor pula merekodkan 141 kes iaitu 65 kluster sedia ada, dua kluster baharu (Putra-18) 28 saringan kontak rapat, 44 lain-lain saringan dan dua kes import. Negeri Sembilan juga menunjukkan penurunan iaitu 31 kes, di mana 25 dari kluster sedia ada, dua saringan dan empat lain-lain saringan  

Read More

Kembali kepada 3 angka

PUTRAJAYA 18 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 kembali kepada tiga angka dengan catatan sebanyak 660 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 50,390 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,814 kes. Dr Noor Hisham juga memberitahu Malaysia mencatatkan jumlah 630 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 37,254 kes. “Sehingga kini, terdapat 103 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak…

Read More

Veteran UMNO meninggal

ALOR SETAR 18 Nov. – Veteran UMNO Kedah Tan Sri Khalid Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, hari ini. Allahyarham Khalid, 98 tahun, meninggal dunia pada 5.50 pagi selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu pada Ahad lepas. Menurut isteri Allahyarham, Puan Sri Norjannah Khairuddin, 61 tahun, sejak Jumaat suaminya sudah tidak boleh makan dan pada Sabtu kesihatannya semakin merosot menyebabkan mereka menghantar arwah ke hospital (pada Ahad) dan terus dimasukkan ke ICU. Arwah tiada apa-apa sejarah penyakit cuma petang semalam…

Read More