Saudi catat 311 kes harian

RIYADH 12 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan di bawah 400 apabila merekodkan 311 kes baharu hari ini, jumlah terendah dalam tempoh tujuh bulan. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada  352,160 dengan kes aktif 7,441 di mana darpada jumlah itu 798 kritikal. Sebanyak 15 kematian dilaporkan hari ini yang membawa jumlah keseluruhan pesakit meninggal dunia sebanyak 5,605.. Bagi tempoh 24 jam juga, 412 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 339,114 atau 96.26 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu…

Read More

Kes Indonesia kini 452,291

JAKARTA 12 Nov. – Indonesia merekodkan 4,173 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kini 452,291 kes dengan kes aktif 55,274. Menurut data rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, sebanyak 56,868 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagaimanapun, sebanyak 382,084 pesakit yang disahkan positif virus itu sembuh dari jangkitan berkenaan. Bagi tempoh pukul 12 tengah hari Rabu (11 Nov) sehingga 12 tengah hari Khamis (12 Nov) itu juga, sebanyak 97 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di negara kini 14,933 orang. Wilayah Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di…

Read More

319 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 12 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 319 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21,767 kes. Satu kematian direkodkan hari ini di daerah Tawau. Sebanyak 543 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital sementara 2,900 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 714 di hospital dan 2,186 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Terdapat satu kluster baharu di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Teluk yang mencatatkan 30…

Read More

Bimbang keluar masuk 6 juta

PUTRAJAYA 12 Nov. – Mungkinkah rentas daerah di Lembah Klang akan lebih diperketatkan ? Ini berikutan situasi zon merah di hampir semua daerah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Pada masa yang sama jiran terdekat Lembah Klang iaitu Negeri Sembilan turut menunjukkan peningkatan kes yang mendadak. Justeru, dalam hal ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuarakan kebimbangan pergerakan keluar masuk 6 juta rakyat di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, akan menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19, di negeri-negeri itu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  agak sukar untuk mengawal…

Read More

919 kes baharu 996 sembuh

PUTRAJAYA, 12 Nov — Jumlah kes sembuh mengatasi kes baharu hari ini apabila 996 pesakit dilaporkan pulih berbanding 919 kes jangkitan yang direkodkan dalam tempoh 24 jam. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes, manakala bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatat 11,419 kes. Daripada 919 kes baharu hari ini, 916 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import. Tiga kes import melibatkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, yang tiba dari Indonesia, Nigeria dan Arab Saudi. Menurut beliau terdapat satu kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sebanyak 303 kes.…

Read More

PKPD tiga lokaliti disambung

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Kudat, Sabah yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 26 November ini. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata tiga lokasi itu ialah Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapur dan Kampung Landung Ayang. “Sehingga 11 November , KKM telah melakukan 14,096 saringan kepada penduduk di kawasan ini dan mendapati masih terdapat kes aktif di tiga-tiga lokasi ini iaitu di Kampung Pengaraban sebanyak 21 kes aktif, di Kampung Tanjung Kapur 10 kes aktif dan Kampung Landung…

Read More

Kenyataan tidak masuk akal, Cuepacs minta mohon maaf

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Tindakan mempertikaikan tanggungjawab dan amanah yang telah dilaksanakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah adalah tidak bertanggungjawab serta tidak masuk akal, kata Timbalan Menteri Kesihatan 1 Dr Noor Azmi Ghazali. Katanya, beliau terkejut apabila terdapat pihak tertentu sama ada orang awam mahupun ahli politik yang mempertikaikan kredibiliti dan pengorbanan Dr Noor Hisham dalam membanteras pandemik Covid-19 di negara ini. “Jika kita merujuk kepada petugas barisan hadapan, Dr Noor Hisham merupakan orang nombor satu atau paling depan dalam barisan hadapan yang ‘berperang’ dengan virus Covid-19 selama…

Read More

Pejuang ‘tunggu dan lihat‘

KUALA LUMPUR 12 Nov. –  Seorang lagi mantan Menteri Kewangan mengambil bahagian perbahasan Belanjawan 2021 hari ini dengan menaruh harapan cadangan bernas yang diutarakan ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 diberikan tempat dalam belanjawan itu.  Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau dan tiga lagi Ahli Parlimen Bebas yang mewakili parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menangguhkan keputusan untuk menyokong atau tidak Belanjawan 2021. Bekas perdana menteri itu berkata : “Saya reserve diri saya dan parti saya untuk menyokong atau tidak Belanjawan 2021 kerajaan Perikatan Nasional ini,” katanya. Sebelum…

Read More

Digantung 5 hari akibat “keputusan bodoh, jahat”

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Akibat degil selepas mengeluarkan perkataan “ itu ruling (keputusan) yang bodoh, yang jahat” akhirnya Lim Lip Eng (PH-Kepong) digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama lima hari. Penggantungan itu yang mulanya dua hari ditambah tiga hari lagi setelah Lip Eng enggan keluar Dewan Rakyat sebaliknya mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengarahkan wakil Bintulu memohon maaf. Azhar membuat keputusan itu rentetan kekecohan yang berlaku hari ini berhubung kenyataan kontroversi terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang menghangatkan dewan semalam. Berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen…

Read More