319 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 12 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 319 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21,767 kes.

Satu kematian direkodkan hari ini di daerah Tawau.

Sebanyak 543 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital sementara

2,900 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 714 di hospital dan 2,186 orang di PKRC.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Terdapat satu kluster baharu di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Teluk yang mencatatkan 30 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan di Teluk Likas.

Related posts

Leave a Comment