Wanita mengandung korban Covid-19

JAKARTA 16 Ogos – Sekurang-kurangnya 536 wanita mengandung menjadi korban disebabkan komplikasi koronavirus Covid-19 di Indonesia sejak pandemik bermula.

Menurut Persatuan Obstetrik dan Sakit Puan Indonesia (POGI), jumlah itu adalah sekitar 18 peratus daripada kematian wanita mengandung keseluruhannya di Indonesia.

“Jelas terdapat peningkatan dalam jumlah kematian melibatkan ibu mengandung, dan kami tahu bahawa varian Delta yang sedang merebak di Indonesia sangat berjangkit,” kata Ketua POGI Dr Ari Kusuma Januarto.

Dr Januarto berkata antara Januari dengan Mei, mereka menguji sekitar 15,000 wanita mengandung di Jakarta dan dalam kalangan jumlah itu, 1,600 orang disahkan positif Covid-19.

Menurut Dr Januarto, satu daripada setiap sembilan wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 mengalami simptom teruk.

Related posts

Leave a Comment