Kes Indonesia kini 452,291

JAKARTA 12 Nov. – Indonesia merekodkan 4,173 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kini 452,291 kes dengan kes aktif 55,274.

Menurut data rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, sebanyak 56,868 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagaimanapun, sebanyak 382,084 pesakit yang disahkan positif virus itu sembuh dari jangkitan berkenaan.

Bagi tempoh pukul 12 tengah hari Rabu (11 Nov) sehingga 12 tengah hari Khamis (12 Nov) itu juga, sebanyak 97 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di negara kini 14,933 orang.

Wilayah Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di negara itu iaitu 115,174 dengan tambahan 811 kes baharu , manakala wilayah Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,970 orang.

Jawa Barat pula merekodkan 733 kes baharu, Jawa Tengah 608, Jawa Timur 270, Kalimantan Timur 235 dan Sumatera Barat 198 kes.

Bagi kes kematian, Jawa Barat mencatatkan 21 kes, Jawa Timur 19, Jawa Tengah  12 dan Jakarta 10.

Sementara itu, SINGAPURA melaporkan 11 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Khamis (12 Nov).

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan kesemuanya adalah kes import dan diberikan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tiada kes jangkitan baharu dilaporkan dalam masyarakat dan di asrama pekerja asing.

Dengan kes baru itu, keseluruhan jumlah kes Covid-19 di negara ini kini adalah sebanyak 58,102.

Di FILIPINA, sebanyak 1,407 kes baharu direkodkan setakat pukul 4 petang ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 402,820 dengan kes aktif 32,682.

Sebanyak 11 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian 7,721 orang.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 362,417 kes termasuk 211 kes pulih baharu.

Related posts

Leave a Comment