Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 8 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes Covid-19 apabila merekodkan 363 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 350,592. Semalam jumlah jangkitan yang direkodkan adalah sebanyak 407 kes dan pada hari sebelumnya sebanyak 436 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 15 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia kini meningkat kepada 5,540.orang. Kes aktif pula sebanyak 7,666 kes di mana 757 adalah kritikal. Bagi kes sembuh, sebanyak 420 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah kes sembuh 337,386.…

Read More

Sabah catat 524 kes baharu

KOTA KINABALU 8 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 524 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini menjadikan kumulatif sebanyak 20,422 kes. Dua kematian dicatatkan iaitu di Daerah Tawau dan Sandakan. Seramai 512 pesakit Covid-19 telah sembuh dan keluar dari hospital. Ketika ini terdapat 3,481 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 767 orang di hospital dan 2,714 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU pula adalah 74 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Tiada penambahan zon merah pada hari ini. Daripada 524 kes positif Covid-19…

Read More

36 kluster aktif lapor kes

PUTRAJAYA 8 Nov. – :Dua lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan pada Ahad melibatkan empat negeri iaitu Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan media pada Ahad, berkata dua kluster itu dinamakan Kluster Ikhtisas dan Kluster Berendam. Kluster Ikhtisas melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor; Jeli, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan. Setakat Ahad, seramai 362 individu telah disaring, dengan 22 kes dikesan positif Covid-19 dengan pertambahan lapan kes baharu. Bagi Kluster Berendam, ia melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di…

Read More

148 kes di Selangor

SELANGOR merekodkan 148 kes baharu hari ini, 8 November yang melibatkan 44 kes daripada kluster sedia ada, satu daripada kluster Ikhtisas (baharu). 44 daripada saringan kontak rapat, satu kes SARI dan 46 lagi adalah lain-lain saringan Covid-19. Baki 12 lagi adalah kes import. Daerah Klang merekodkan kes tertinggi iaitu 44, Hulu Langat 25, Sepang 19, Kuala Langat 18, Gombak 14, Petaling 13, dan Kuala Selangor tiga kes. Hulu Selangor dan Sabak Bernam tidak merekodkan sebarang kes. Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 11 kes iaitu satu kes daripada kluster sedia ada, enam daripada…

Read More

852 kes baharu, 825 sembuh

PUTRAJAYA  8 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian kembali kepada tiga angka hari ini iaitu 852 kes selepas mencatatkan empat angka sejak 3 November lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif  positif Covid-19 di negara ini sebanyak 40,209 kes, manakala kes aktif pula sebanyak 11,689 kes. Sebanyak 825 kes pulih turut direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Daripada jumlah kes baharu itu, 839 kes adalah penularan dalam negara manakala 13 lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di Indonesia sebanyak tiga kes, Arab Saudi (3),…

Read More

519 ingkar arahan ditahan

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Sejumlah 519 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 511 individu dikompaun, empat direman dan empat lagi dijamin. Antara kesalahan termasuk gagal mematuhi penjarakan fizikal (206), tidak memakai pelitup muka (126), gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (67), premis beroperasi lebih masa (23), aktiviti pusat hiburan (9), dan lain-lain (88). Dalam satu kenyataan, beliau berkata, enam pendatang asing tanpa izin turut ditahan menerusi Operasi Benteng, selain merampas tiga…

Read More

Semua sekolah, kolej ditutup

PUTRAJAYA 8 Nov. – Semua sekolah dan kolej vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ditutup sehingga akhir persekolahan bermula 9 November ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin. Beliau berkata, arahan itu turut terpakai kepada negeri-negeri yang tidak dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB, iaitu Sarawak, Kelantan, Pahang, dan Perlis. Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, penutupan itu akan berterusan sehingga hari akhir persekolahan mengikut Takwim 2020, iaitu 17 Disember bagi negeri kumpulan A, dan 18 Disember bagi negeri kumpulan B. Sepanjang tempoh tersebut, pengajaran…

Read More