36 kluster aktif lapor kes

PUTRAJAYA 8 Nov. – :Dua lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan pada Ahad melibatkan empat negeri iaitu Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan media pada Ahad, berkata dua kluster itu dinamakan Kluster Ikhtisas dan Kluster Berendam.

Kluster Ikhtisas melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor; Jeli, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan.

Setakat Ahad, seramai 362 individu telah disaring, dengan 22 kes dikesan positif Covid-19 dengan pertambahan lapan kes baharu.

Bagi Kluster Berendam, ia melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka.

Seramai 1,861 individu telah disaring, yang mana lapan kes dikesan positif Covid-19 termasuk tiga kes baharu.

Sementara itu 36 kluster aktif termasuk dua baharu melaporkan kes baharu.

Kluster Lengkuk merekodkan 69 kes baharu manakala Penjara Sandakan melaporkan 34 kes.

Pada masa sama, dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Putra di Sarawak dan Kluster Kuarters di Sabah.

Related posts

Leave a Comment