Saham Azam: KSN akan ambil tindakan lanjut

PUTRAJAYA 11 Mac  –  Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan mengambil tindakan lanjut berhubung dapatan laporan siasatan Peguam Negara terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Azam Baki.

Jurucakap Kerajaan,  Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat Kabinet pagi tadi sudah mendengar laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu pemilikan saham Azam oleh Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya tidak akan mendedahkan dapatan berkenaan sehingga tindakan diambil oleh KSN, Shamsul Azri Abu Bakar, dalam masa terdekat.

“Jemaah Menteri memutuskan bahawa tindakan selanjutnya akan diambil oleh Ketua Setiausaha Negara.

“Saya tidak akan menyatakan apa hasil daripada laporan itu memandangkan ada langkah seterusnya yang akan dilaksanakan oleh Tan Sri KSN,” katanya pada Sidang Media Mingguan Pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi sebelum ini dilaporkan, berkata hasil laporan itu nanti, Jemaah Menteri akan menimbang langkah selanjutnya termasuk keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Jemaah Menteri sudah bersetuju bahawa isu (pemilikan saham Azam dan salah guna institusi) ini amat serius dan mengambil maklum cadangan penubuhan RCI.

Justeru, Jemaah Menteri akan meneliti laporan jawatankuasa siasatan dan mempertimbang tindakan susulan, termasuk keperluan pelaksanaan RCI,” katanya

Jawatankuasa Khas Siasatan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dipengerusikan oleh Mohd Dusuki dan dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,  Johan Mahmood Merican…

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment