Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 8 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes Covid-19 apabila merekodkan 363 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 350,592.

Semalam jumlah jangkitan yang direkodkan adalah sebanyak 407 kes dan pada hari sebelumnya sebanyak 436 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 15 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia kini meningkat kepada 5,540.orang.

Kes aktif pula sebanyak 7,666 kes di mana 757 adalah kritikal.

Bagi kes sembuh, sebanyak 420 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah kes sembuh 337,386.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 62 kes diikuti Madinah 56, Yanbu 25, Makkah 25, Jeddah 22, dan Dhahran 13.

Related posts

Leave a Comment