148 kes di Selangor

SELANGOR merekodkan 148 kes baharu hari ini, 8 November yang melibatkan 44 kes daripada kluster sedia ada, satu daripada kluster Ikhtisas (baharu). 44 daripada saringan kontak rapat, satu kes SARI dan 46 lagi adalah lain-lain saringan Covid-19.

Baki 12 lagi adalah kes import.

Daerah Klang merekodkan kes tertinggi iaitu 44, Hulu Langat 25, Sepang 19, Kuala Langat 18, Gombak 14, Petaling 13, dan Kuala Selangor tiga kes. Hulu Selangor dan Sabak Bernam tidak merekodkan sebarang kes.

Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 11 kes iaitu satu kes daripada kluster sedia ada, enam daripada saringan kontak rapat, empat daripada lain-lain saringan Covid-19..

Kepong mencatatkan tujuh kes, Titiwangsa dan Lembah Pantai masing-masing dua kes sementara Cheras tiada kes.

Putrajaya pula melaporkan dua kes baharu melibatkan kes dalam kluster sedia ada.

Related posts

Leave a Comment