852 kes baharu, 825 sembuh

PUTRAJAYA  8 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian kembali kepada tiga angka hari ini iaitu 852 kes selepas mencatatkan empat angka sejak 3 November lepas,

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif  positif Covid-19 di negara ini sebanyak 40,209 kes, manakala kes aktif pula sebanyak 11,689 kes.

Sebanyak 825 kes pulih turut direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Daripada jumlah kes baharu itu, 839 kes adalah penularan dalam negara manakala 13 lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di Indonesia sebanyak tiga kes, Arab Saudi (3), Nepal (2), Maghribi (1), Emiriah Arab Bersatu (1), United Kingdom (1), Turki (1) dan Korea Selatan (1).

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata terdapat empat kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19  sebanyak  286 kes.

Pada masa ini terdapat 94 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 32  memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment