Sabah catat 524 kes baharu

KOTA KINABALU 8 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 524 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini menjadikan kumulatif sebanyak 20,422 kes.

Dua kematian dicatatkan iaitu di Daerah Tawau dan Sandakan.

Seramai 512 pesakit Covid-19 telah sembuh dan keluar dari hospital.

Ketika ini terdapat 3,481 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 767 orang di hospital dan 2,714 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU pula adalah 74 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah pada hari ini.

Daripada 524 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 252 kes (48.09%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat dan selebihnya, 272 kes adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment