987 kes di Filipina

FILIPINA hari ini merekodkan 987 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 388,137 dengan kes aktif 31,679. Jumlah itu adalah rendah berbanding hari-hari sebelumnya disebabkan faktor taufan Rolly yang melanda negara itu. Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan, sebanyak 49 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 7,367 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 349,091 kes atau 89.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.hari ini 140 lagi pesakit sembuh.

Read More

473 kes, 15 kematian di Saudi

RIYADH 4 Nov. – Arab Saudi merekodkan 426 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 47 kes berbanding jumlah yang dicatatkan semalam 473 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 348,936. Sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kematian setakat ini 5,456. Jumlah kes aktif pula adalah 7,871 di mana 736 kritikal. MoH juga mengumumkan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 335,594 kes atau 96.17 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Hari ini 441 kes sembuh. Sementara itu, Madinah merekodkan kes jangkitan…

Read More

Virus mutasi D614G di kluster Selangor?

PUTRAJAYA 4 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa kluster-kluster yang dikenal pasti di Selangor mempunyai strain virus jenis mutasi D614G. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kebanyakan kes yang direkodkan di negeri itu adalah daripada mereka yang pulang dari Sabah. Hari ini daripada 1,029 kes penularan tempatan, satu kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah dan ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu adalah 479 kes. Sebelum ini, Dr Noor Hisham pernah memaklumkan mutasi D614G sebanyak…

Read More

3,356 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 4 Nov. – Indonesia hari ini merekodkan 3,356 kes baharu Covid-19 tetapi pada masa yang sama mencatatkan 3,785 kes sembuh dengan kes aktif pula sebanyak 54,190. Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes kini 421,731 berbanding kes sembuh pula sebanyak 353,282. Jakarta mencatatkan kes harian tertinggi dengan 768 kes diikuti Jawa Tengah 547, Jawa Barat 516 dan Jawa Timur 239. Kes pesakit meninggal dunia juga meningkat apabila 113 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif sebanyak 14,259. Jawa Timur mencatatkan 20 kematian diikuti Jakarta, Jawa Tengah dan Jawa…

Read More

Tiga negeri tiada kes baharu

PUTRAJAYA 4 Nov. – Tiga negeri iaitu Melaka, Perlis dan Pahang tidak melaporkan kes baharu hari ini. Daripada 1,032 kes baharu itu, Sabah mendahului dengan 646 kes diikuti Selangor dengan 231 kes. Sebanyak tiga kes import dilaporkan hari ini melibatkan negeri Johor (1) dan Kuala Lumpur (2) Sementara itu enam kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, Kluster Sepanggar, Kluster Aero, Kluster Lengkuk dan Kluster Gading.

Read More

Selangor 231, KL 9 kes

SELANGOR melaporkan 231 kes baharu Covid-19 di mana 153 kes daripada kluster sedia ada, dan dua daripada kluster Aero (baharu). Sebanyak 40 lagi daripada saringan kontak rapat, satu pulang dari kawasan berisiko tinggi, satu kes SARI dan 34 adalah lain-lain saringan Covid-19. Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang berada dalam zon kuning tidak merekodkan sebarang kes. Hulu Langat merekodkan 87 kes, Klang 57, Sepang 39, Petaling 25, Gombak 10, Kuala Langat 4, Kuala Selangor 7. Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan sembilan kes iaitu tiga daripada kluster sedia ada, tiga daripada…

Read More

Kes positif 4 digit, 8 kematian

PUTRAJAYA 4 Nov. – Sebanyak 1,032 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kes positif di negara ini meningkat kepada 35,425 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah  tersebut, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes import melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara India, Singapura, dan Filipina. Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 10,339 kes. Sebanyak lapan kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 271 kes. Setakat ini, sebanyak 82 kes sedang…

Read More

401 lagi tiba dan dikuarantin

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Seramai 401 orang pulang ke tanah air semalam melalui pintu masuk KLIA & KLIA2 dari Singapura, Indonesia, Filipina, Qatar, UAE, Turki, Jepun, China, United Kingdom (UK);dan Belanda. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka telah dikuarantin secara wajib. Katanya, setakat ini, seramai 60,336 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa di mana 9,797 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta. “Seramai 384 individu pula telah dibawa ke hospital…

Read More