987 kes di Filipina

FILIPINA hari ini merekodkan 987 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 388,137 dengan kes aktif 31,679.

Jumlah itu adalah rendah berbanding hari-hari sebelumnya disebabkan faktor taufan Rolly yang melanda negara itu.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan, sebanyak 49 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 7,367 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 349,091 kes atau 89.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.hari ini 140 lagi pesakit sembuh.

Related posts

Leave a Comment