Selangor 231, KL 9 kes

SELANGOR melaporkan 231 kes baharu Covid-19 di mana 153 kes daripada kluster sedia ada, dan dua daripada kluster Aero (baharu).

Sebanyak 40 lagi daripada saringan kontak rapat, satu pulang dari kawasan berisiko tinggi, satu kes SARI dan 34 adalah lain-lain saringan Covid-19.

Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang berada dalam zon kuning tidak merekodkan sebarang kes.

Hulu Langat merekodkan 87 kes, Klang 57, Sepang 39, Petaling 25, Gombak 10, Kuala Langat 4, Kuala Selangor 7.

Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan sembilan kes iaitu tiga daripada kluster sedia ada, tiga daripada kontak rapat dan satu daripada lain-lain saringan Covid-19. 2 Dua kes lain adalah kes import.

Putrajaya pula melaporkan empat kes iaitu tiga 4 daripada kluster Gading (baharu) dan satu kes lagi daripada saringan kontak rapat Covid-19.

Related posts

Leave a Comment