Kes positif 4 digit, 8 kematian

PUTRAJAYA 4 Nov. – Sebanyak 1,032 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kes positif di negara ini meningkat kepada 35,425 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah  tersebut, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kesemua kes import melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara India, Singapura, dan Filipina.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 10,339 kes.

Sebanyak lapan kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 271 kes.

Setakat ini, sebanyak 82 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 27 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, angka kes sembuh daripada Covid-19 bertambah sebanyak 820 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah sebanyak 24,815 kes.

Related posts

Leave a Comment