473 kes, 15 kematian di Saudi

RIYADH 4 Nov. – Arab Saudi merekodkan 426 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 47 kes berbanding jumlah yang dicatatkan semalam 473 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 348,936.

Sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kematian setakat ini 5,456.

Jumlah kes aktif pula adalah 7,871 di mana 736 kritikal.

MoH juga mengumumkan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 335,594 kes atau 96.17 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Hari ini 441 kes sembuh.

Sementara itu, Madinah merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 72 kes diikuti Riyadh 53, Yanbu 36 dan Makkah 28.

Related posts

Leave a Comment