401 lagi tiba dan dikuarantin

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Seramai 401 orang pulang ke tanah air semalam melalui pintu masuk KLIA & KLIA2 dari Singapura, Indonesia, Filipina, Qatar, UAE, Turki, Jepun, China, United Kingdom (UK);dan Belanda.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka telah dikuarantin secara wajib.

Katanya, setakat ini, seramai 60,336 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa di mana 9,797 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta.

“Seramai 384 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 50,155 individu dibenarkan pulang ke rumah,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Mengenai berita palsu, sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM di mana 136 masih dalam siasatan, 35 kes didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan, 12 diberikan notis amaran dan 404 penafian telah diperjelaskan.

Related posts

Leave a Comment