3,356 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 4 Nov. – Indonesia hari ini merekodkan 3,356 kes baharu Covid-19 tetapi pada masa yang sama mencatatkan 3,785 kes sembuh dengan kes aktif pula sebanyak 54,190.

Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes kini 421,731 berbanding kes sembuh pula sebanyak 353,282.

Jakarta mencatatkan kes harian tertinggi dengan 768 kes diikuti Jawa Tengah 547, Jawa Barat 516 dan Jawa Timur 239.

Kes pesakit meninggal dunia juga meningkat apabila 113 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif sebanyak 14,259.

Jawa Timur mencatatkan 20 kematian diikuti Jakarta, Jawa Tengah dan Jawa Barat masing-masing merekodkan 15 kematian.

Sementara itu bagi kes sembuh, Jakarta masih menjadi provinsi yang mencatatkan kes sembuh tertinggi dengan 934 kes,  Sumatera Barat 668, Jawa Tengah 362, Jawa Barat dan Jawa Timur 243 kes.

Related posts

Leave a Comment