Kes di Indonesia kini 412,784

JAKARTA 1 Nov. – Sebanyak 2,696 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan setakat ini sebanyak 412,784. Jakarta merekodkan 608 kes baharu menjadikan 106,205 sementara Jawa Tengah merekodkan 458 kes, Jawa Timur 253, Jawa Barat 245, Sumatera Barat 225 dan Kalimantan 168. Data pemerintah juga menunjukkan sebanyak 74 pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 13,943. Bagi kes sembuh pula, merekodkan 4,141 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 341,942

Read More

Madinah catat 85 kes baharu

RIYADH 1 Nov. – Arab Saudi merekodkan 374 kes jangkitan baharu Covid-19, lebih rendah berbanding angka yang dicatatkan semalam sebanyak 402 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 347,656 kes manakala jumlah kumulatif pesakit yang meninggal dunia pula 5,420. Kementerian juga melaporkan jumlah kes sembuh mengatasi jumlah jangkitan iaitu 394 kes menjadikan kes pulih sebanyak 334,236 kes. Kes aktif pula sebanyak 8,000 di mana 771 kes kritikal. Sementara itu Madinah merekodkan kes…

Read More

644 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 1 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini  hari ini adalah sebanyak 644 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15,692 kes. Kes melibatkan saringan kontak rapat sebanyak 401 kes manakala 97 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada. Baki 146 kes adalah lain-lain saringan Covid-19. Tiada kematian dilaporkan hari ini sementara 658 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital. Seramai 3,061 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 641 di hospital dan 2,420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).…

Read More

Ahad 659 kes Isnin 957

PUTRAJAYA 1 Nov. – Kes jangkitan positif Covid-19 hari ini melonjak kepada 957 kes berbanding 659 kes yang dilaporkan semalam. Kesemuanya kes tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 32,505 Sabah merekodkan 644 kes atau 67.3 peratus manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes (24 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Tiada kematian baharu dilaporkan sementara kes sembuh sepenuhnya sebanyak 972 kes, melebihi kes positif. Sebanyak 97 kes sedang dirawat di ICU di mana 27 kes memerlukan bantuan…

Read More

PKPD Penjara Alor Setar tamat

KUALA LUMPUR 1 Nov. –  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Penjara Alor Setar ynag bermula 5 Oktober lalu ditamatkan mulai esok, 2 November, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 1 November mendapati tiada lagi kes positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh tujuh hari terkini. Kerajaan juga akan melaksanakan PKPD Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu bermula 3 hingga 16 November 2020 yang melibatkan 1,820 tahanan dan 114 kakitangan. Katanya, pelaksanaan PKPD itu bagi menyekat penularan Covid-19 dalam kalangan tahanan dan kakitangan pusat tahanan tersebut.…

Read More

Jemaah asing mula umrah

MULAI hari ini, 1 November, sebanyak 20,000 jemaah umrah dan 60,000 jemaah solat waktu dibenarkan memasuki Masjidilharam, menandakan bermulanya Fasa Ketiga penyambungan semula ibadah Umrah secara berperingkat. Mulai Ahad juga, seramai 19,500 jemaah akan diberikan permit untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW. Ibadah umrah bermula di bawah Fasa Pertama pada 4 Oktober dengan membenarkan penduduk dan golongan ekspatriat di negara itu, pada kadar 30 peratus. Ini diikuti Fasa Kedua bermula pada 18 Oktober sekali gus membenarkan ibadah solat di Masjidilharam dan lawatan ke Raudhah di Madinah. Buat pertama kali, mulai…

Read More

‘Gali KWSP’ ketika waktu susah pandemik

ABAH, ada duit atau tak ada duit, abah kena cari.  Anak-anak tahu, Abah pun susah tapi, anak-anak biasanya ‘jarang ambil tahu’ sama ada Abah ada duit atau tidak. Setiap hari, kalau nak ke sekolah, abah wajib beri duit saku. Semalam, Sabtu abah muncul di televisyen untuk satu perutusan khas. Anak-anak menanti dengan penuh sabar. Adakah Abah akan memberi sesuatu bagi meringankan beban, walaupun tidak semua tetapi kepada kumpulan yang cukup tertekan dan amat memerlukan. Ramai yang masih menaruh harapan duit caruman mereka di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan…

Read More