644 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 1 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri iniĀ  hari ini adalah sebanyak 644 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15,692 kes.

Kes melibatkan saringan kontak rapat sebanyak 401 kes manakala 97 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada. Baki 146 kes adalah lain-lain saringan Covid-19.

Tiada kematian dilaporkan hari ini sementara 658 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Seramai 3,061 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 641 di hospital dan 2,420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Daripada jumlah itu, 71 menerima rawatan di ICU dan 20 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daerah Sandakan mencatatkan jumlah kes yang tinggi berpunca dari saringan kontak rapat.

Hari ini Daerah Beaufort juga bertukar ke zon merah dan tiada kluster baharu dilaporkan sementara satu kluster ditamatkan iaitu Kluster Joo Hwa.

Related posts

Leave a Comment