Ahad 659 kes Isnin 957

PUTRAJAYA 1 Nov. – Kes jangkitan positif Covid-19 hari ini melonjak kepada 957 kes berbanding 659 kes yang dilaporkan semalam. Kesemuanya kes tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 32,505

Sabah merekodkan 644 kes atau 67.3 peratus manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes (24 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian baharu dilaporkan sementara kes sembuh sepenuhnya sebanyak 972 kes, melebihi kes positif.

Sebanyak 97 kes sedang dirawat di ICU di mana 27 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment