Kes di Indonesia kini 412,784

JAKARTA 1 Nov. – Sebanyak 2,696 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan setakat ini sebanyak 412,784.

Jakarta merekodkan 608 kes baharu menjadikan 106,205 sementara Jawa Tengah merekodkan 458 kes, Jawa Timur 253, Jawa Barat 245, Sumatera Barat 225 dan Kalimantan 168.

Data pemerintah juga menunjukkan sebanyak 74 pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 13,943.

Bagi kes sembuh pula, merekodkan 4,141 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 341,942

Related posts

Leave a Comment