Madinah catat 85 kes baharu

RIYADH 1 Nov. – Arab Saudi merekodkan 374 kes jangkitan baharu Covid-19, lebih rendah berbanding angka yang dicatatkan semalam sebanyak 402 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 347,656 kes manakala jumlah kumulatif pesakit yang meninggal dunia pula 5,420.

Kementerian juga melaporkan jumlah kes sembuh mengatasi jumlah jangkitan iaitu 394 kes menjadikan kes pulih sebanyak 334,236 kes.

Kes aktif pula sebanyak 8,000 di mana 771 kes kritikal.

Sementara itu Madinah merekodkan kes paling tinggi dengan 85 kes diikuti Riyadh 48, Yanbu 32, Makkah 17, manakala Hail dan Jeddah masing-masing 13 kes.

Related posts

Leave a Comment