Jemaah asing mula umrah

MULAI hari ini, 1 November, sebanyak 20,000 jemaah umrah dan 60,000 jemaah solat waktu dibenarkan memasuki Masjidilharam, menandakan bermulanya Fasa Ketiga penyambungan semula ibadah Umrah secara berperingkat.

Mulai Ahad juga, seramai 19,500 jemaah akan diberikan permit untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW.

Ibadah umrah bermula di bawah Fasa Pertama pada 4 Oktober dengan membenarkan penduduk dan golongan ekspatriat di negara itu, pada kadar 30 peratus. Ini diikuti Fasa Kedua bermula pada 18 Oktober sekali gus membenarkan ibadah solat di Masjidilharam dan lawatan ke Raudhah di Madinah.

Buat pertama kali, mulai hari ini, jemaah warga asing dibenarkan menunaikan ibadah umrah dan solat di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pada kapasiti penuh pada Fasa Keempat dan terakhir.

Setakat ini, Kementerian Haji dan Umrah menetapkan para jemaah warga asing mestilah antara 18 tahun dengan 50 tahun. Mereka juga mesti dikuarantin selama tiga hari sebaik sahaja tiba di negara itu.

Menurut peraturan, para jemaah mesti memiliki sijil ujian perubatan PCR yang menunjukkan mereka bebas Covid-19, yang disahkan oleh makmal bertauliah dari negara masing-masing. Ini tidak lebih 72 jam dari masa sampel itu diambil sehingga waktu tiba di Arab Saudi.

Kira-kira 10,000 jemaah membuat tempahan untuk umrah setiap hari dan  500 lagi kumpulan (20 jemaah). Tempahan perlu dibuat melalui aplikasi Eatmarna serta mempunyai tiket penerbangan pergi balik yang sah bagi setiap jemaah.s

Dianggarkan lebih 1,800 hotel tiga hingga lima bintang dan 250,000 unit rumah di Makkah bersedia menampung kehadiran jemaah dengan mengenakan langkah-langkah keselamatan bagi mengawal penularan wabak itu.

(Foto Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment