SELANGOR melaporkan 402 kes baharu di mana 213 daripada jumlah tersebut dilaporkan di dalam kluster-kluster termasuklah sembilan kes baharu yang dilaporkan dalam kluster baharu (Jalan Lapan dan Batu Sembilan).
Klang mendahului dengan 228 kes diikuti Hulu Langat 72, Petaling 60, Gombak dan Sepang masing-masing 12, Kuala Selangor 7, Hulu Selangor 3 dan tiada kes di Sabak Bernam.