232 kes di Arab Saudi

RIYADH 30 Nov. – Arab Saudi sekali lagi merekodkan kes jangkitan Covid-19 di bawah 300 kes apabila mencatatkan 232 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes setakat ini adalah 357,360 kes.

Sebelum ini pada Ahad, 29 November, Arab Saudi merekodkan 217 kes dan pada Sabtu pula sebanyak 220 kes.

Hari ini, sebanyak 12 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 5,896 kematian. Kes aktif pula 4,662 di mana 659 kritikal.

Sebanyak 393 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 346,802 atau 97.04 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada kes baharu hari ini, Riyadh merekodkan 67 kes, diikuti Makkah 42, dan Madinah 32

Related posts

Leave a Comment