1,212 jangkitan, 2,112 sembuh

KUALA LUMPUR, 30 Nov. – Masih kekal dengan empat angka, Malaysia merekodkan 1,212 kes baharu jangkitan Covid-19 manakala kes sembuh pula mencecah 2,112.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, 1,203 kes adalah penularan tempatan, dan sembilan adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 65,697 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,578 kes.

Sementara jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 54,759 kes, iaitu 83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata 101 kes (8.3 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (65 kes), Kluster Tembok (23 kes), Kluster PTS Tawau (lapan kes), Kluster Matambai (tiga kes), dan satu kes masing-masing bagi Kluster Penjara Seberang Perai serta Kluster Penjara Sandakan.

Sebanyak tiga kes kematian akibat Covid-19, kesemuanya lelaki, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 360 kes (0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Lelaki pertama dari Kedah berusia 66 tahun dan mempunyai penyakit bawaan darah dan rendah imuniti, menakala lelaki kedua di Labuan berusia 58 tahun, mempunyai penyakit darah tinggi serta gout, dan lelaki ketiga berusia 22 tahun di Sabah yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi serta buah pinggang kronik,” katanya.

Sehingga kini terdapat 113 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment