Singapura 5, Thailand 21

SINGAPURA merekodkan lima kes baharu baru Covid-19 setakat tengah hari Isnin (30 November), menjadikan jumlah kes meningkat kepada  58,218 kes.

Satu daripadanya merupakan kes jangkitan tempatan manakala empat lagi kes import. Tiada kes baharu dikesan di dormitori pekerja asing..

Dua jangkitan tempatan dilaporkan pada hujung minggu lalu selepas 876 orang diuji melalui ujian pemantauan masyarakat ke atas pegerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka.

Salah seorang merupakan wanita tempatan, 60 tahun yang menjual daging kambing di Pasar Tekka, manakala satu lagi kes melibatkan pemegang permit kerja dari India.

Tiada kematian akibat penyakit itu setakat Isnin.

THAILAND merekodkan 21 kes baharu Covid-19, semuanya kes import yang menjadikan jumlah kumulatif kes 3,998.

Daripada 21 kes, sebanyak 17 kes melibatkan warganegara itu yang pulang dari India, Itali, Jerman, Switzerland, United Kingdom, Netherlands, Jepun, Rusia dan Denmark.

Empat kes lagi melibatkan pelawat dari Jepun, Perancis, Rusia dan Oman.

Related posts

Leave a Comment