Lima lagi PKPD mulai 1 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah, Ipoh bermula 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, di Taman Klebang Jaya melibatkan 1,061 buah rumah dengan seramai 4,244 penduduk manakala Taman Pinji Mewah 1,430 buah rumah dan 44 unit kedai/pejabat dengan 5,720 penduduk

Katanya, PKPD juga dikenakan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan bermula 2 Disember sehingga 15 Disember 2020 melibatkan 1,209 individu terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.

Begitu juga PKPD di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu bermula 2 Disember sehingga 15 Disember 2020 melibatkan 914 buah rumah dengan 4,934 penduduk.

Beliau juga memaklumkan pelanjutan PKPD di Asrama Pekerja Top Glove selama 14 hari lagi bermula 1 Disember sehingga 14 Disember.

Semua pekerja kilang diwajibkan untuk menjalani saringan Covid-19 yang dijalankan oleh klinik swasta serta dipantau dan diselia oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Selangor.

Sementara itu dua PKPD ditamatkan iaitu Putra Point Nilai, Negeri Sembilan danĀ di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak pada hari ini 30 November 2020.

Related posts

Leave a Comment