Indonesia catat 368,842 kes

INDONESIA terus mendahului negara lain di rantau ini merekodkan kes Covid-19 tertinggi iaitu 368,842 kes berbanding Filipina yang mencatatkan 360,775 kes. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 20 Oktober, sebanyak 117 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif kini 12,734 orang. Pada masa yang sama sebanyak 160,740 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 96,217 kes, dengan tambahan 964 kes baharu. Jawa Timur pula mencatatkan kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,582 orang, diikuti Jakarta (2,068), Jawa…

Read More

Madinah 59 kes, Makkah 27

KEMENTERIAN Kesihatan (MoH) Arab Saudi merekodkan 385 kes baharu koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 342,968. Sebanyak 16 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 5,217 kematian. Jumlah kes aktif pula 8,481 di mana 840 kritikal. MoH juga melaporkan 375 pesakit sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih sebanyak 329,279 atau 96 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu Madinah terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 59 kes berbanding 60 semalam diikuti Yanbu 31, Makkah 27, Riyadh 23 dan Jeddah 10.

Read More

PBS tak tanding Batu Sapi

SANDAKAN: Peluang Warisan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi semakin terbuka apabila sebuah lagi parti politik utama mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan 5 Disember depan. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Maximus Ongkili ketika mengumumkan pendirian itu berkata, keputusan tersebut dibuat Biro Politik parti dalam mesyuarat baru-baru ini. Menurutnya, ia diputuskan selepas menilai situasi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan di Sabah. “PBS melihat keselamatan dan kesihatan rakyat sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan ketika ini. Justeru, PBS memutuskan untuk tidak bertanding walaupun ia adalah…

Read More

Dari Sabah ke Selangor

PUTRAJAYA : Susulan kemasukan dan kepulangan pengunjung dari Sabah, kes Covid-19 di Selangor menunjukkan peningkatan secara mendadak sejak penghujung September lepas,  Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama dilaporkan di Selangor adalah Kluster Jalan Apas pada 28 September , melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah. Beliau berkata susulan itu, peningkatan kes penularan tempatan di Selangor mula dilihat pada 2 Oktober dan terus meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini. Daripada 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor, lapan kluster adalah mempunyai kaitan dengan pengembara pulang dari Sabah. “Pertambahan kes dan kluster baharu setiap hari di Selangor…

Read More

Kluster Kertang Sabah

SATU kluster baharu dikenal pasti melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif. Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif Covid-19; dan 195 individu negatif. Sementara itu sebanyak 28 kluster sedia ada termasuk satu kluster baharu…

Read More

Sabah masih mendahului kes

SABAH merekodkan 673 kes di mana 260 dari kluster sedia ada, 243 saringan kontak rapat, dua dari Kluster Kertang dan 168 lain-lain saringan Covid-19. SELANGOR pula mencatatkan 132 kes di mana 84 dari kluster sedia ada, 34 saringan kontak rapat, dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 12 lain-lain saringan Covid-19. KEDAH pula 17 kes iaitu 15 dari kluster sedia ada, satu saringan kontak rapat dan satu kes SARI. PERAK merekodkan sembilan kes, di mana lapan dari kluster-kluster sedia ada dan satu lain-lain saringan Covid-19 PULAU PINANG mencatatkan lapan kes…

Read More

862 kes, tiga kematian

PUTRAJAYA : Jumlah kes harian Covid-19 terus mencatatkan angka lebih daripada 800 dengan 862 kes dilaporkan hari ini, 20 Oktober yang menjadikan angka keseluruhan sebanyak 22,225  kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut sebanyak 7,681 kes. Beliau berkata tiga kematian dilaporkan dengan kesemuanya di Sabah, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini 193 kes. Selain itu, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 634 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 14,351 atau 64.6 peratus…

Read More

Arahan kerja dari rumah

MULAI 22 Oktober 2020, pekerja sektor awam dan swasta di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak lagi dibenarkan ke pejabat sebaliknya bekerja dari rumah. Sidang khas Majlis Kerselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, hari ini membuat keputusan itu selepas mendengar pembentangan KKM berkenaan situasi semasa Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah. Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu bagi membendung penularan wabak Covid-19, dengan mengurangkan jumlah orang ramai yang bekerja di pejabat dan kilang. “Dulu saya…

Read More