Madinah 59 kes, Makkah 27

KEMENTERIAN Kesihatan (MoH) Arab Saudi merekodkan 385 kes baharu koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 342,968.

Sebanyak 16 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 5,217 kematian. Jumlah kes aktif pula 8,481 di mana 840 kritikal.

MoH juga melaporkan 375 pesakit sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih sebanyak 329,279 atau 96 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu Madinah terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 59 kes berbanding 60 semalam diikuti Yanbu 31, Makkah 27, Riyadh 23 dan Jeddah 10.

Related posts

Leave a Comment