862 kes, tiga kematian

PUTRAJAYA : Jumlah kes harian Covid-19 terus mencatatkan angka lebih daripada 800 dengan 862 kes dilaporkan hari ini, 20 Oktober yang menjadikan angka keseluruhan sebanyak 22,225  kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut sebanyak 7,681 kes.

Beliau berkata tiga kematian dilaporkan dengan kesemuanya di Sabah, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini 193 kes.

Selain itu, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 634 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 14,351 atau 64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes pulih di Sabah sebanyak 433 kes, Kedah (109 kes), Selangor (77 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (10 kes), Negeri Sembilan (dua kes), Johor (satu kes), Pahang (satu kes) dan Terengganu (satu kes). 

jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1 peratus).

Kini lebih banyak ujian makmal dapat dijalankan di negeri itu selain dihantar ke Semenanjung Malaysia. 

Related posts

Leave a Comment