SABAH merekodkan 673 kes di mana 260 dari kluster sedia ada, 243 saringan kontak rapat, dua dari Kluster Kertang dan 168 lain-lain saringan Covid-19.
SELANGOR pula mencatatkan 132 kes di mana 84 dari kluster sedia ada, 34 saringan kontak rapat, dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 12 lain-lain saringan Covid-19.
KEDAH pula 17 kes iaitu 15 dari kluster sedia ada, satu saringan kontak rapat dan satu kes SARI.
PERAK merekodkan sembilan kes, di mana lapan dari kluster-kluster sedia ada dan satu lain-lain saringan Covid-19
PULAU PINANG mencatatkan lapan kes dari kluster-kluster sedia ada
LABUAN merekodkan enam kes iaitu dua dari kluster-kluster sedia ada, dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, satu saringan kontak rapat dan satu lain-lain saringan Covid-19.
NEGERI SEMBILAN mencatatkan enam kes masing-masing dua dari kluster-kluster sedia ada, saringan kontak rapat dan lain-lain saringan Covid-19
KUALA LUMPUR merekodkan tujuh kes iaitu empat dari kluster-kluster sedia ada dan masing-masing satu kes saringan kontak rapat, lain-lain saringan Covid-19 dan import tiba dari Mesir
PUTRAJAYA dan JOHOR masing-masing merekodkan satu kes dari kluster sedia ada, KELANTAN satu kes saringan kontak rapat dan SARAWAK satu kes import tiba dari Indonesia.