Kluster Kertang Sabah

SATU kluster baharu dikenal pasti melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud.


Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif. Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif Covid-19; dan 
195 individu negatif.

Sementara itu sebanyak 28 kluster sedia ada termasuk satu kluster baharu melaporkan kes baharu hari ini, 20 Oktober Penjara Kepayan melaporkan kes tertinggi dalam kluster sedia ada iaitu 231 kes diikuti Hentian 42.

Kluster Benteng pula melaporkan 12 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dari kluster tersebut sebanyak 1,077.

Related posts

Leave a Comment