Indonesia catat 368,842 kes

INDONESIA terus mendahului negara lain di rantau ini merekodkan kes Covid-19 tertinggi iaitu 368,842 kes berbanding Filipina yang mencatatkan 360,775 kes.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 20 Oktober, sebanyak 117 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif kini 12,734 orang.

Pada masa yang sama sebanyak 160,740 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 96,217 kes, dengan tambahan 964 kes baharu.

Jawa Timur pula mencatatkan kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,582 orang, diikuti Jakarta (2,068), Jawa Tengah (1,607) dan selebihnya di wilayah lain.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan FILIPINA (DoH) melaporkan sehingga pukul 4 petang 20 Oktober, sebayak 1,640 kes baharu dicatatkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 360,775 dengan kes aktif 43,443.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 6,690 termasuk kematian terkini 17 orang yang dilaporkan hari ini.

DoH juga mengumumkan 369 kes pemulihan yang membawa jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 310,642.

Related posts

Leave a Comment