Filipina, Thailand, Singapura

FILIPINA merekodkan 348,698 kes positif Covid-19 selepas 2,261 kes positif baharu disahkan sehingga pukul 4 perang ini, 15 Oktober 2020. Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan, ketika ini terdapat 48,040 kes aktif. Sementara itu sebanyak 50 lagi kematian dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 6,497 orang. DoH juga mengumumkan 385 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan pulih sebanyak 294,161. THAILAND melaporkan 13 kes baharu Covid-19 termasuk 10 kes melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba di negara itu. Kes import itu melibatkan ketibaan dari enam negara…

Read More

Kes harian Arab Saudi 472

JUMLAH kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi kembali berada di bawah paras 500 apabila catatan hari ini, Khamis 15 Oktober menunjukkan 472 kes baharu berbanding 501 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 341,062 dengan 8,608 kes aktif di mana 829 kritikal. Sebanyak 19 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan setakat ini 5,127 kematian. MoH juga mengumumkan 507 lagi pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 327,327 pesakit sembuh sepenuhnya atau 95.97 peratus daripada keseluruhan kes.. Madinah merekodkan…

Read More

4,411 kes baharu di Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,411 kes baharu positif Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 349,160 kes di mana sebanyak 63,231 masih aktif. Kes tertinggi direkodkan di daerah Jakarta sebanyak 1,071 kes dengan jumlah keseluruhan 91,337 kes. Ini diikuti Jawa Barat dengan 590 kes (kumulatif 29,119 kes), Jawa Tengah 472 kes ( 27,864) dan Jawa Timur 267 kes (48,161). Bagi kes kematian, jumlah pesakit yang meninggal dunia adalah sebanyak 112 orang dan jumlah kumulatif setakat ini 12,268 Jawa Tengah merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan 28 kematian dengan jumlah keseluruhan 1,560 orang.…

Read More

Kenali empat kluster baharu

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗢𝗟𝗜𝗩𝗘, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Kota Marudu dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11489) dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif Covid-19 pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif Covid-19. 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥, 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔 Melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan dan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14329) dikenal pasti hasil saringan pulang…

Read More

304 kes di Sabah, 150 Selangor

SABAH terus mendahului angka kes jangkitan positif Covid-19 dengan merekodkan 304 kes di mana ia melibatkan 165 saringan kontak rapat, 25 dari kluster sedia ada, 13 kluster Olive (baharu) dan 101 lain-lain saringan. Ini diikuti Selangor yang mencatatkan 150 kes yang meliputi 125 dari kluster sedia ada, 13 saringan kontak rapat, sembilan saringan individu bergejala dan tiga lain lain saringan. Perak menduduki tempat ketiga dengan 52 kes iaitu 50 dari kluster sedia ada dan dua kluster Bah Pengkalan (baharu) Kluster Tembok pula menyumbang 28 kes di Kedah di samping tiga lagi…

Read More

Jumlah kes positif kini 18,129

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 18,129 kes dengan tambahan 589 kes yang melibatkan 586 kes penularan tempatan dan tiga import iaitu dua daripada individu yang pulang dari Indonesia dan satu dari Ukraine. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada penularan tempatan itu pula, sebanyak 453 kes adalah warganegara Malaysia dan 133 kes bukan warganegara. Katanya, kes aktif kebolehjangkitan pula adalah 5,945 kes dan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkurangan kepada 103 kes dengan kes memerlukan bantuan pernafasan juga menurun kepada 31 kes. Beliau berkata,…

Read More

390 ingkar arahan ditahan

SEBANYAK 390 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana 386 dikompaun dan empat lagi direman, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau mengingatkan bahawa Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. Semalam sebanyak 3,097 pasar raya, 3,998 restoran serta 958 penjaja, 1,145 pasar awam/tani serta 3,002 tempat ibadah dan 1,325 tempat riadah telah diperiksa. Mengenai kawalan sempadan negara, Op Benteng  berjaya menahan 23 PATI, tiga penyeludup serta…

Read More

PKPB WP Labuan 17 – 30 Okt.

WILAYAH Persekutuan Labuan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 17 hingga 30 Oktober ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.  Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan Covid-19 di kawasan tersebut. Bagi prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Labuan, semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan. Bagaimanapun, pergerakan keluar masuk merentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan pekerja yang mempunyai pas pekerja. Beliau berkata memandangkan Labuan merupakan kawasan…

Read More