4,411 kes baharu di Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,411 kes baharu positif Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 349,160 kes di mana sebanyak 63,231 masih aktif.

Kes tertinggi direkodkan di daerah Jakarta sebanyak 1,071 kes dengan jumlah keseluruhan 91,337 kes.

Ini diikuti Jawa Barat dengan 590 kes (kumulatif 29,119 kes), Jawa Tengah 472 kes ( 27,864) dan Jawa Timur 267 kes (48,161).

Bagi kes kematian, jumlah pesakit yang meninggal dunia adalah sebanyak 112 orang dan jumlah kumulatif setakat ini 12,268

Jawa Tengah merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan 28 kematian dengan jumlah keseluruhan 1,560 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 273,661 apabila 5,810 lagi pesakit pulih

Jawa Tengah melaporkan kes sembuh sebanyak 2,223 kes, yang tertinggi setakat ini  yang menjadikan kes sembuh kumulatif di daerah itu 22.264 kes.

Related posts

Leave a Comment