PKPB WP Labuan 17 – 30 Okt.

WILAYAH Persekutuan Labuan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 17 hingga 30 Oktober ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. 

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan Covid-19 di kawasan tersebut.

Bagi prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Labuan, semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan.

Bagaimanapun, pergerakan keluar masuk merentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan pekerja yang mempunyai pas pekerja.

Beliau berkata memandangkan Labuan merupakan kawasan aktiviti perairan, perkhidmatan pengangkutan air seperti feri Ro-Ro, feri ekspres dan bot laju dibenarkan beroperasi sehingga 6 petang dengan kapasiti terhad selain mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sementara itu kesemua 99 penumpang penerbangan MH2608 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 8.35 pagi, 11 Oktober lepas diminta menjalani ujian saringan Covid-19 selepas salah seorang penumpang pesawat itu didapati positif ujian virus tersebut, baru-baru ini.

Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Labuan mengeluarkan jadual untuk para penumpang tersebut menjalani ujian di Klinik Kesihatan Membedai, yang boleh dilakukan dari 11 pagi hingga 2 petang setiap hari, bermula hari ini 15 Oktober.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata sebanyak 12,462 sampel ujian diambil dari penduduk Sabah yang kembali ke negeri itu sejak 26 September lepas.

Labuan merekodkan 86 kes dengan lapan kes baharu direkodkan setakat RabuDaerah itu juga kini mempunyai dua kluster aktif iaitu kluster Bah Bangat dan Bah Bundle dengan masing-masing merekodkan 10 dan enam kes.

Related posts

Leave a Comment