390 ingkar arahan ditahan

SEBANYAK 390 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana 386 dikompaun dan empat lagi direman, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengingatkan bahawa Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan.

Semalam sebanyak 3,097 pasar raya, 3,998 restoran serta 958 penjaja, 1,145 pasar awam/tani serta 3,002 tempat ibadah dan 1,325 tempat riadah telah diperiksa.

Mengenai kawalan sempadan negara, Op Benteng  berjaya menahan 23 PATI, tiga penyeludup serta merampas lima bot dan lima kenderaan darat.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 48,461 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan 9,477 orang sedang menjalani kuarantin wajib di 71 Hotel dan 16 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Sebanyak 381 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 38,603 individu dibenarkan pulang ke rumah.

Related posts

Leave a Comment