304 kes di Sabah, 150 Selangor

SABAH terus mendahului angka kes jangkitan positif Covid-19 dengan merekodkan 304 kes di mana ia melibatkan 165 saringan kontak rapat, 25 dari kluster sedia ada, 13 kluster Olive (baharu) dan 101 lain-lain saringan.

Ini diikuti Selangor yang mencatatkan 150 kes yang meliputi 125 dari kluster sedia ada, 13 saringan kontak rapat, sembilan saringan individu bergejala dan tiga lain lain saringan.

Perak menduduki tempat ketiga dengan 52 kes iaitu 50 dari kluster sedia ada dan dua kluster Bah Pengkalan (baharu)

Kluster Tembok pula menyumbang 28 kes di Kedah di samping tiga lagi hasil saringan individu bergejala yang membawa jumlah 31 kes.

Pulau Pinang merekodkan 15 kes dari kluster sedia ada dan satu kes SARI.

Di Negeri Sembilan, sebanyak 11 kes dilaporkan iaitu sembilan saringan kontak rapat, satu kluster Bah Kasturi dan satu saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 10 kes iaitu empat dari kluster sedia ada, dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, satu saringan kontak rapat, dua lain-lain saringan dan satu import yang tiba dari Ukraine.

Labuan pula merekodkan enam kes iiatu tiga saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, dua kluster Saguking (baharu) dan stau kluster Bah Bundle.

Dua kes import (Indonesia) pula dilaporkan di Sarawak di samping satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan satu saringan kontak rapat.

Melaka mencatatkan dua kes iaitu satu saringan kontak rapat dan satu kes SARI, Kelantan dua kes melibatkan dua saringan 𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘰𝘯 kapal dan Putrajaya stau kes dari kluster Bah Pasir (baharu).

Related posts

Leave a Comment