Jumlah kes positif kini 18,129

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 18,129 kes dengan tambahan 589 kes yang melibatkan 586 kes penularan tempatan dan tiga import iaitu dua daripada individu yang pulang dari Indonesia dan satu dari Ukraine.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada penularan tempatan itu pula, sebanyak 453 kes adalah warganegara Malaysia dan 133 kes bukan warganegara.

Katanya, kes aktif kebolehjangkitan pula adalah 5,945 kes dan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkurangan kepada 103 kes dengan kes memerlukan bantuan pernafasan juga menurun kepada 31 kes.

Beliau berkata, walaupun kes baharu masih mencatatkan angka membimbangkan namun pada masa sama,  409 kes sembuh dicatatkan iaitu jumlah kes pulih tertinggi pernah direkodkan di negara ini.

Ini menjadikan jumlah kes sembuh  sebanyak 12,014 kes atau 66.3 peratus dari keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment