Kes harian Arab Saudi 472

JUMLAH kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi kembali berada di bawah paras 500 apabila catatan hari ini, Khamis 15 Oktober menunjukkan 472 kes baharu berbanding 501 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 341,062 dengan 8,608 kes aktif di mana 829 kritikal.

Sebanyak 19 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan setakat ini 5,127 kematian.

MoH juga mengumumkan 507 lagi pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 327,327 pesakit sembuh sepenuhnya atau 95.97 peratus daripada keseluruhan kes..

Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 83 kes diikuti Yanbu 56 dan Makkah 38 manakala Riyadh 25 dan Jeddah sembilan kes.

Related posts

Leave a Comment