Kenali empat kluster baharu

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—’π—Ÿπ—œπ—©π—˜, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Kota Marudu dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11489) dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif Covid-19 pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif Covid-19.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗕𝗔𝗛 π—£π—”π—¦π—œπ—₯, π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔

Melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan dan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14329) dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif Covid-19 pada 8 Oktober danΒ  dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saringan kontak rapat mengenal pasti empat lagi kes positif Covid-19. Sehingga 15 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu disaring, di mana limaΒ Β kes positif Covid-19; 74 individu negatif; dan tiga individu masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗕𝗔𝗛 π—£π—˜π—‘π—šπ—žπ—”π—Ÿπ—”π—‘, π—£π—˜π—₯π—”π—ž

Melibatkan daerah Hulu Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14345 dan kes ke-14346) dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif Covid-19 pada 8 Oktober danΒ  dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapatΒ  mengenal pasti lima lagi kes positif Covid-19.
Sehingga 15 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 330 individu disaring, di mana enam kes dikesan positif Covid-19; 47 individu negatif; dan 277 individu masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—¦π—”π—šπ—¨π—žπ—œπ—‘π—š, π—ͺπ—œπ—Ÿπ—”π—¬π—”π—› π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—¨π—”π—‘ π—Ÿπ—”π—•π—¨π—”π—‘

Melibatkan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15657) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Labuan pada 11 Oktober. Saringan kontak rapatΒ  mengenal pasti empat lagi kes positif Covid-19. Sehingga 15 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 43 individu disaring, di mana limaΒ kes dikesan positif Covid-19; tiga individu negatif; dan 35 individu masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment