Filipina, Thailand, Singapura

FILIPINA merekodkan 348,698 kes positif Covid-19 selepas 2,261 kes positif baharu disahkan sehingga pukul 4 perang ini, 15 Oktober 2020.

Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan, ketika ini terdapat 48,040 kes aktif.

Sementara itu sebanyak 50 lagi kematian dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 6,497 orang.

DoH juga mengumumkan 385 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan pulih sebanyak 294,161.

THAILAND melaporkan 13 kes baharu Covid-19 termasuk 10 kes melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba di negara itu.

Kes import itu melibatkan ketibaan dari enam negara iaitu Myanmar, Sudan Selatan, Ethiopia, Itali, Lebanon dan Netherlands.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,665

Daripada jumlah keseluruhan kes itu, 3,463 pesakit atau 94.5 peratus dilaporkan sembuh termasuk enam kes pulih hari ini sementara 143 lagi masih di hospital.

Jumlah kematian pula kekal 59.

SINGAPURA melaporkan tiga kes baharu Covid-19 melibatkan dua kes import dan satu jangkitan dalam asrama pekerja. Kedua-dua kes import itu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jangkitan baharu itu membawa jumlah terkumpul kes Covid-19  meningkat kepada 57,892.

Pada Khamis, Singapura melaporkan sifar kes baharu di dormitori buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Jangkitan dalam dormitori, yang menempatkan pekerja asing, membentuk sebahagian besar kes Covid-19 dengan lebih 54,000 kes.

Related posts

Leave a Comment