4,497 kes baharu di Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,497 kes baharu Covid-19 hari ini, 11 Oktober menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 333,449 kes dengan kes aktif sebanyak 66.578 Jakarta mencatatkan kes tertinggi, 1,389 kes dengan jumlah kumulatif 86,963 kes diikuti Sumatera Barat 350 kes (8,714 kes) manakala Jawa Tengah 318 kes. Bagi kes kematian pula, sebanyak 79 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,844 kematian. Jawa Timur merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 21 kes dengan jumlah kumulatif 3,425 manakala Jakarta 18 kes menjadikan 1,889 kematian. Sebanyak 3,546 kes pesakit pulih hari ini yang…

Read More

Penurunan kes di Arab Saudi

ARAB Saudi terus merekodkan penurunan jumlah kes harian koronavirus Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan (MoH) mengumumkan jumlah jangkitan hari ini, 11 Oktober sebanyak 323 berbanding 405 kes semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang direkodkan setakat ini sebanyak 339,267 sementara jumlah kematian pula meningkat kepada 5,043 termasuk 25 lagi pesakit meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu hari ini, Madinah merekodkan 64 kes diikuti Riyadh 27, Hafouf 21, Baljarshi 18 manakala Makkah lapan kes. Sementara itu kes aktif juga menunjukkan penurunan dengan 8,894 kes di mana sebanyak 826 kritikal. MoH juga melaporkan…

Read More

Usaha elak Rt tidak cecah 2.2

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha memastikan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) tidak mencecah 2.2 kerana kemudahan kesihatan KKM mungkin tidak mampu menampung jumlah pesakit Covid-19 jika Rt mencecah paras itu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai Rt pada ketika ini berada pada kadar 1.3 dan ia berjaya dilandaikan daripada 2.3 ketika permulaan gelombang ketiga pandemik itu melanda negara. “Jadi, dengan segala tindakan kawalan kesihatan awam di lapangan kita berharap kes dapat menurunkan Rt kepada 0.3 pada 31 Oktober, maka kita berjaya melandaikan lengkuk. “Tetapi kalau keadaan sekarang ini, 1.3 Rt berjalan, kita akan lihat…

Read More

Pusat beli-belah juga terjejas

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley Megamall (MVM) dan The Gardens Mall (TGM) di Kuala Lumpur mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 yang melibatkan staf di sebuah kedai jualan penjagaan kulit. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bahagian pengurusan pusat beli belah terbabit, staf itu bekerja di London Sales Cosmetics (LSC) Sdn Bhd. Ia merupakan anak syarikat operasi yang mengendalikan butik Origani dan Élévatione Time Stops di kedua-dua pusat beli belah itu. “Staf itu memaklumkan kepada pihak pengurusan LSC pada 9 Oktober lalu, bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya dijangkiti virus…

Read More

Di sana sini sekolah ditutup

KUALA LUMPUR: Semua 298 sekolah rendah dan menengah yang berada dalam kawasan zon merah Covid-19 di PETALING, Selangor diarah tutup selama dua minggu bermula Isnin, 12 Oktober . Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan, sekolah yang terlibat termasuk sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang. Bagaimanapun, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan…

Read More

Lima kluster baharu

𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Dikenal pasti di daerah Lahad Datu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12509) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 27 September 2020. Mereka dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat mengenal pasti 33 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,838 individu disaring, di mana: • 34 kes dikesan positif Covid-19; • Tiada individu negatif; dan • 1,804 individu masih menunggu keputusan. 𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster…

Read More

Kes Sabah terus meningkat

PECAHAN KES BAHARU (561) SABAH-488 22 kluster Surat (baharu) 15 kluster Kasih (baharu) 13 kluster Khazanah (baharu) 438 lain-lain saringan COVID-19 SELANGOR-26 11 dari kluster sedia ada 5 saringan kontak rapat 3 kluster Sungei Way (baharu) 2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 saringan individu bergejala 2 saringan pra pembedahan 1 import BWN tiba dari Arab Saudi KEDAH-16 15 kluster Tembok 1 saringan kontak rapat KL-15 4 kluster Sungei Way (baharu) 2 saringan kontak rapat 1 saringan kendiri COVID-19 1 saringan bergejala 1 import WN pulang dari Indonesia 2…

Read More

561 kes baharu, 2 kematian

Terkini #COVID19Malaysia 11 Okt 2020 Kes sembuh=133 Jumlah kes sembuh= 10,913 kes Kes positif= 561 (kes import=8, kes tempatan=553) Jumlah positif= 15,657 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian= 157 kes Kes dirawat di ICU= 90 kes Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes   PUTRAJAYA : Sebanyak 561 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada 11 Oktober menjadikan kumulatif kes positif virus itu adalah 15,657 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Daripada 561 kes baharu tersebut, 488 adalah jangkitan di negeri Sabah, lapan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan…

Read More

674 ingkar arahan ditahan

SEBANYAK 674 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 583 dikompaun dan 91 direman. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk gagal memakai pelitup muka. Beliau dalam sidang media hari ini turut menjelaskan beberapa tindakan yang diambil termasuk kawalan sempadan serta kuarantin wajib. INGKAR ARAHAN •Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oAktiviti di pusat hiburan (325) oTidak memakai pelitup muka (170) oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (80) oPenjarakan fizikal (53) oTangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (22) oLanggar syarat PKPP (bawa penumpang…

Read More

Bersatu anggap tidak berasas

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan semua ahli Parlimen mereka kekal menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara, kata Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin. Beliau menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat membentuk kerajaan baharu sebagai satu lagi dakwaan tidak berasas. Katanya, semua ahli Parlimen Bersatu sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan tidak terlintas sedikit pun untuk berpendirian sebalikya. “Dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim bahawa beliau…

Read More