674 ingkar arahan ditahan

SEBANYAK 674 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 583 dikompaun dan 91 direman.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk gagal memakai pelitup muka.

Beliau dalam sidang media hari ini turut menjelaskan beberapa tindakan yang diambil termasuk kawalan sempadan serta kuarantin wajib.

INGKAR ARAHAN

•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

oAktiviti di pusat hiburan (325)

oTidak memakai pelitup muka (170)

oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (80)

oPenjarakan fizikal (53)

oTangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (22)

oLanggar syarat PKPP (bawa penumpang lebih 2 orang) (7)

oMenyalahguna pas sosial (7)

oPremis beroperasi lebih masa (4)

oKeluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPDB (4)

oPremis beroperasi tanpa lesen sah (2)

KAWALAN SEMPADAN NEGARA

•Op Benteng berjaya menahan 80 PATI, serta merampas 1 bot dan 1 kenderaan darat.

•Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah menangkap 23 PATI sekitar kawasan hutan Pantai Pasir Logok, Felda Tenggaroh 12, Ladang Pasir Logok, Kota Tinggi, Johor kerana masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

•136 Sekatan Jalan Raya Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:

KUARANTIN WAJIB

•46,247 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

•9,700 individu sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

•130 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 36,417 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

BERITA PALSU

•Sebanyak 270 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM. 133 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 19 mengaku salah, dan 12 diberikan notis amaran. 388 penafian dan penjelasan telah diperjelaskan oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) KKMM

Related posts

Leave a Comment