Imran Khan dihukum lagi

ISLAMABAD: Menjelang pilihan raya Pakistan, bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya, Bushra Khan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda, selepas mahkamah memutuskan perkahwinan mereka pada 2018 melanggar undang-undang.

Sebelum ini, beberapa hari lalu Khan 71, yang masih dalam penjara,  dijatuhi hukuman 10 tahun kerana membocorkan rahsia negara dan penjara 14 tahun bersama isterinya itu kerana menjual hadiah negara secara haram.

Bekas bintang kriket yang memimpin Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI),itu juga dilarang bertanding pada pilihan raya pada Khamis, 8 Februari ini.

PTI dalam kenyataan berkata, selepas berjam-jam perbicaraan tergesa-gesa di mahkamah, tiada pemeriksaan balas saksi, dan tiada proses wajar, ia merupakan satu penghinaan terhadap undang-undang.

“Melalui cara perbicaraan ini dijalankan, akan ada tanda tanya besar yang akan berlaku pada pilihan raya 8 Februari ini. Ini adalah kes ujian untuk badan kehakiman yang lebih tinggi di Pakistan,” kata PTI

Imran dan Bushra ARY masing-masing didenda 500,000 rupee (AS$1,800, RM8,491).

Bushra dituduh tidak menyempurnakan tempoh menunggu yang diamanatkan oleh Islam iaitu ‘edah’, selepas bercerai dengan suaminya yang terdahulu dan berkahwin dengan Khan.

Keluarga Khan menandatangani kontrak perkahwinan mereka, dipanggil ‘Nikkah’ pada Januari 2018 dalam satu majlis rahsia tujuh bulan sebelum bekas superstar kriket berkarisma itu menjadi perdana menteri buat kali pertama.

Terdapat kontroversi sama ada mereka melangsungkan perkahwinan sebelum haid selesai.

Selepas penafian di awal perkahwinan Januari itu, PTI kemudiannya mengesahkannya beberapa minggu kemudian. Namun, kedua-dua Khan menafikan sebarang salah laku dilakukan.

Khan berada di penjara di Rawalpindi, manakala isterinya dibenarkan menjalani hukuman di rumah agam mereka di atas bukit di Islamabad.

Related posts

Leave a Comment