𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Dikenal pasti di daerah Lahad Datu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12509) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 27 September 2020. Mereka dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat mengenal pasti 33 lagi kes positif Covid-19.
Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,838 individu disaring, di mana:
• 34 kes dikesan positif Covid-19;
• Tiada individu negatif; dan
• 1,804 individu masih menunggu keputusan.
𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15097) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat mengesan 24 lagi kes positif.
Mukai 6 hingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 74 individu disaring, di mana:
• 25 kes dikesan positif Covid-19;
• Tiada individu negatif; dan
• 49 individu masih menunggu keputusan.
𝟯) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗞𝗛𝗔𝗭𝗔𝗡𝗔𝗛, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Melibatkan daerah Lahad Datu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14842) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat pada 9 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif. Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 652 individu disaring, di mana:
• 14 kes dikesan positif Covid-19;
• Tiada individu negatif; dan
• 638 individu masih menunggu keputusan.
𝟰) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗘𝗜 𝗪𝗔𝗬, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥
Kluster ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak, Selangor dan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14307) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat mengenal pasti 17 lagi kes positif Covid-19.
Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu disaring, di mana:
• 18 kes dikesan positif Covid-19;
• 124 individu negatif; dan
• 7 individu masih menunggu keputusan.
𝟱) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗡𝗗𝗟𝗘, 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡
Melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11771) dikenal pasti positif hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Saringan kontak rapat mengenal pasti dua (2) lagi kes positif Covid-19. Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 430 individu disaring, di mana:
• Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
• 131 individu negatif; dan
• 296 individu masih menunggu keputusan.