561 kes baharu, 2 kematian

Terkini #COVID19Malaysia 11 Okt 2020

Kes sembuh=133
Jumlah kes sembuh= 10,913 kes
Kes positif= 561
(kes import=8, kes tempatan=553)
Jumlah positif= 15,657 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian= 157 kes
Kes dirawat di ICU= 90 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes

 

PUTRAJAYA : Sebanyak 561 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada 11 Oktober menjadikan kumulatif kes positif virus itu adalah 15,657 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah.

Daripada 561 kes baharu tersebut, 488 adalah jangkitan di negeri Sabah, lapan kes

merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 11 kes merupakan pengunjung dari Sabah sekali gus menjadikan keseluruhan 353 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah..

Katanya, sejumlah 133 individu telah pulih hari ini menjadikan kumulatif kes pulih adalah 10,913 individu.

Terdapat dua kematian hari ini di Sabah iaitu masing-masing di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Hospital Tawau.

Kini jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 157 kes bersamaan 1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment